Tuesday, December 10, 2013

Bukan berkempen,cuma bersuara.

Pada mulanya saya tak berminat dengan isu-isu politik.Tapi apabila banyak isu berbangkit yang kebanyakan nya menunjukkan tidak puas hati antara satu sama lain membuatkan saya tertarik dengan dunia politik.Seperti yang saya perhatikan di kaca TV,suasana di parlimen tidak sama seperti suasana parlimen pada zaman dahulu.Peradaban tidak lagi dititik beratkan walaupun dihadapan senator.Apa yang saya belajar pada matapelajaran sejarah,adab semasa membahas isu-isu dihadapan senator harus dilakukan secara hormat dan tidak boleh meninggikan suara atau bertegang urat sesama ahli dewan.Tetapi,apa yang dipelajari tidak sama seperti apa yang dilihat.Kenapa boleh jadi sedemikian rupa?Saya teringat isu semasa PRU-13,penyokong pas disifatkan sebagai anjing jika mengambil bantuan BR1M.Kenapa tak boleh?BR1M tersebut diagihkan kepada semua,tidak kira bangsa,agama.Kenapa masalah berlainan parti harus dikaitkan dengan bantuan kerajaan untuk rakyat?Kita duduk dibawah satu bumbung,tapi kenapa kita mesti membeza-bezakan?Walaupun kerajaan dipimpin oleh umno majoritinya,tidak bermakna kerajaan akan berat sebelah.Sekarang,manifesto yang dibentang oleh umno semasa PRU-13 semakin dilupakan oleh pihak kerajaan.Rakyat semakin menanggung sedikit beban dengan kenaikan tarif eletrik dan harga barang.BR1M yang sepatutnya dinaikkan kepada RM1000 masih lagi pada kadar yang sama.Kerajaan memang banyak melakukan perubahan dari segi pembangunan dan ekonomi negara.Tapi,kenapa harus membebankan rakyat?Kemanakah perginya hasil kerajaan?Dimanakah ianya dilaburkan?Rakyat berhak tahu mengenai isu negara.Rakyat semakin gelisah dengan tindakan kerajaan yang melulu membuat keputusan.Kerajaan bukan tak bagus.Tapi,kenapa rakyat kelihatan semakin menjadi anti-kerajaan?Sifat sebegitu tidak sepatutnya dimiliki oleh rakyat,tetapi kerajaan yang mendesak.Fikir-fikirkan lah.